BAB 5 : DAPATAN & CADANGAN


PENDAPAT DAN PANDANGAN KEPADA LATIHAN INDUSTRI


Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani Latihan Industri (LI) di MIP CREATIVE HOUSE, MANJUNG, PERAK, saya telah menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai firma ini. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama 5 bulan dan bukanlah bertujuan untuk mengguris hati pihak tertentu atau merendahkan syarikat. Saya ingin memberikan komen ini supaya pihak syarikat dapat meningkatkan lagi kualitinya dari semua aspek. Antara pendapat dan pandangan yang telah saya senaraikan adalah:


1.  Sepanjang menjalani Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan persekitaran yang professional iaitu dalam melakukankan tugas secara teratur dan menghantar dengan tepat pada waktunya.


2.  Hubungan yang baik antara saya dan kakitangan di MIP Creative House dan rakan rakan telah mewujudkan suasana yang begitu ceria dan menyeronokkan antara kami semua dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan menjalinkan persahabatan yang pastinya meninggalkan banyak kenangan manis, suka dan duka.


3.   Menjadikan individu seorang menepati masa dan lebih berdisiplin dalam melakukan tugas yang di amanah kan. Pejabat ini menggunakan sistem kedatangan mengguna thumbprint untuk merekod kedatangan pekerja. Oleh itu, semua pekerja akan menepati masa untuk ke tempat kerja dan setiap aliran keluar masuk staf di firma akan direkodkan. 



CADANGAN – CADANGAN KEPADA PIHAK POLITEKNIK DAN FIRMA


            Saya juga ingin memberikan beberapa cadangan dan berharap agar cadangan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak bertanggungjawab. Antaranya ialah: 


          1.   Pihak politeknik mestilah sentiasa berhubung dengan organisasi atau firma untuk mengikuti perkembangan semasa pelajar sedang menjalani Latihan Industri. Dengan ini, pihak Politeknik dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan organisasi. Hal ini boleh mendorong kepada pihak Organisasi untuk mengambil para pelajar dari Politeknik untuk menjalani Latihan di tempatnya.


            2.  Kebanyakkan syarikat tidak begitu memahami skop pengurusan mengenai pelajar Latihan Industri. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pihak Politeknik memberikan penerangan dengan lebih jelas. Hal ini akan memudahkan pihak firma untuk memberikan tugas – tugas yang berkaitan dengan kursus kami supaya kami tidak menyimpang daripada kursus yang dipelajari.
             
            3.  Selain itu, pihak firma juga seharusnya memberi tempoh masa percubaan atau kontrak kepada pelajar yang menjalani latihan industri di firma untuk menyambung kerjaya di sini selepas mereka tamat menjalani latihan industri selama 5 bulan.Jika di dalam tempoh percubaan dan semasa latihan industri rekod yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut cemerlang,pihak firma boleh mempertimbangkan untuk mengambil mereka sebagai staf tetap di firma.

      4.   Pihak Politeknik perlulah memaklumkan dengan lebih lanjut tentang proses-proses yang perlu pelajar lakukan sebelum menamatkan Latihan Industri