DEDIKASI
Segala pujian bagi Allah S.W.T yang
maha pengasih lagi maha penyayang. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan taufik
dan hidayahNya, Laporan Akhir Latihan Industri ini dapat disempurnakan dengan
keizinanNya. Dedikasi ini khas buat ibu dan bapa saya serta ahli keluarga
yang banyak membantu saya di dalam penghasilan Blog Laporan Latihan Industri
ini serta rakan-rakan seperjuangan lain yang turut bersama-sama membantu
saya. Selain itu, tidak lupa juga kepada pihak Politeknik Balik Pulau
serta seluruh kakitangan MIP Creative House, Manjung, Perak yang telah banyak
membantu saya dengan memberi bimbingan panduan serta tunjuk ajar sewaktu
menjalani Latihan Industri dan sehingga terhasilnya Terbitan Blog Laporan ini. Sekian,
Terima Kasih.
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih ditujukan kepada En. Afif Amzar Bin Zulkefly selaku Pengurus
Syarikat MIP Creative House kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk
menjalani Latihan Industri selama 5 bulan yang bermula pada 27 NOVEMBER
2017 sehingga 13 APRIL 2018.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia industri saya iaitu Puan Ainul Mardziah Binti Yusoff selaku Pengurus Pemasaran Syarikat yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan praktikal dan berkongsi ilmu serta pengalaman di bawah pemerhatian beliau. Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan dan staff sokongan MIP Creative House yang turut memberikan tunjuk ajar, kerjasama dan teguran sepanjang saya berkhidmat di premis ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Balik Pulau yang telah banyak membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang Latihan Industri ini berjalan. Sekalung penghargaan diucapkan kedua-dua ibu bapa saya dan rakan - rakan yang telah banyak membantu dan memberi sokongan pada saya untuk menjayakan Latihan Industri saya ini.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang sesi Latihan Industri ini dengan berjaya.
Sekian, Terima Kasih.