KESIMPULAN



     Setelah saya menjalani Latihan Industri di MIP CREATIVE HOUSE, MANJUNG, PERAK, saya telah mengetahui dan mempelajari situasi berada di alam pekerjaan dengan lebih mendalam. Hasilnya, saya mendapat mempelajari banyak benda baru dan saya bersyukur kerana telah berjaya menamatkan Latihan Industri ini dengan pengalaman yang amat berguna untuk masa hadapan. Pengalaman ini bukan sahaja memperkenalkan saya kepada sesuatu yang baru, malah ia memberi pendedahan awal kepada saya sebelum saya memasuki alam pekerjaan yang sebenar. 

   Selain itu, program ini juga telah banyak memberi peluang kepada pelajar untuk meluaskan pengetahuan dan kemahiran kerana mereka dapat melihat cara kehidupan seharian seseorang pekerja dan sifat ketekunan mereka untuk menyiapkan sesuatu tugas. Pelajar juga akan lebih menyedari bahawa pentingnya ilmu & subjek yang dipelajari sebagai pegangan dalam meneruskan cita-cita yang ingin dikehendaki walaupun teori yang dipelajari tidak semestinya sama dengan yang dilakukan sewaktu tempoh latihan industri namun kesungguhan dan semangat amat penting sebelum menceburi diri di alam pekerjaan. 

        Banyak ilmu yang saya perolehi ketika menjalani program Latihan Industri ini. Segala ilmu yang diterapkan dan dipelajari sepanjang latihan akan saya gunakan sebaik mungkin untuk melangkah ke alam pekerjaan nanti. Disamping itu, saya mendapati bahawa sifat bertanggungjawab dan kebolehan individu dalam perancangan masa sendiri adalah penting untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan.

          Pada kesimpulannya, Latihan Industri merupakan peluang yang berharga kepada pelajar untuk mempelajari bukan sahaja dalam bidang akademik dan teknikal malahan meliputi semua bidang keseluruhan tugas sebagai seorang pekerja serta melahirkan potensi pelajar yang lebih berkualiti. Semasa latihan juga, saya telah merasai bagaimana suasana sebenar di alam pekerjaan, serta hubungan yang baik antara pekerja dengan pelajar praktikal dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.