2.1 LATAR BELAKANG
MIP Creative House merupakan
sebuah syarikat design dan percetakan yang mula bertapak pada Ogos 2016 dengan
kekuatan hanya dua orang sahaja. Kini, kami beroperasi di sebuah premis yang
terletak di Manjung, Perak bersama sepasukan warga kerja yang hebat.
Di MIP, kami menawarkan
rekabentuk dan percetakan sebagai perkhidmatan utama kepada para pelanggan.
Antara contoh perkhidmatan yang kami tawarkan untuk rekabentuk termasuklah
rekaan logo, papan iklan, letterhead dan lain-lain lagi. Bagi percetakan pula, kami
menyediakan khidmat cetakan t-shirt, sulaman, baju korporat, kad kahwin,
banner, bunting, sticker, button badge, mug, lanyard, business card, rubber
stamp, props, paper bag, non woven bag, id card, sampul raya dan kalendar.
Selain itu, kami turut membekalkan cenderamata korporat dan cenderahati majlis
perkahwinan.
Kami sentiasa komited dalam usaha untuk memperkenalkan syarikat kami ke taraf yang lebih tinggi. Pelbagai inisiatif yang kami laksanakan seperti memperkemaskan sistem dan cara kerja dalam syarikat untuk sentiasa memenuhi permintaan pelanggan dari semasa ke semasa. Kami berharap agar MIP Creative House mampu berdaya saing dalam memperkasa dan mencapai visi dan misi syarikat pada masa hadapan.
Perniagaan Kami?
Kad kahwin, Banner, Signage, Paperbag, Sticker, Tag
Label, Door Gift, Bunting, ID Card, T-Shirt Printing, Heatpress, Silkscreen,
Embroidey, Mug, Rewang T-Shirt, Business Card & Flyers.
2.2 LOGO MIP Creative House
2.3 VISI, MISI DAN MOTO
Visi
Untuk mewujudkan sebuah pusat sehenti bagi servis
design dan percetakan.
Misi
Matlamat kami adalah untuk menyediakan platform
kepada masyarakat untuk mendapatkan hasil cetakan dan design bermutu tinggi
selaras dengan kehendak dan kepuasan pelanggan
Moto
Mesra, Sistematik, Produktif
Objektif Kualiti
·
Untuk menyiapkan tempahan pada masa seperti yang telah ditetapkan di
dalam terma & syarat bersama pelanggan.
·
Untuk menguruskan kos projek tidak melebihi atau kurang 10% daripada
belanjawan.
·
Untuk mencapai purata skor untuk taraf kepuasan pelanggan tidak kurang
daripada 3 (daripada 5)
2.4 ALAMAT MIP CREATIVE HOUSE
Nama Organisasi : MIP CREATIVE HOUSE
Alamat : MIP CREATIVE HOUSE ((IP0415542-M),
NO 141, LEVEL 3, JALAN PPMP 3/3,
PUSAT PERNIAGAAN MANJUNG POINT 3,
32040 MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN.
No. Telefon : 05-6870691
Laman Web : www.mipcreativehouse.com
2.5 CARTA ORGANISASI
2.6 PETA LOKASI